Sejarah korporat TH_Properties

Sejarah TH Properties bermula apabila syarikat ini memasuki industri Pengurusan Kemudahan dengan kerjasama Sinar Jernih Sdn Bhd. Perjanjian usaha sama telah ditandatangani pada 22 April 2010 dan sebuah syarikat usaha sama yang dikenali sebagai THP Sinar Sdn Bhd telah dibentuk. TH Properties memegang 60% kepentingan manakala Sinar Jernih Sdn Bhd memegang baki 40% kepentingan.[2]

Penggabungan entiti pembangunan dan pembinaan hartanah Lembaga Tabung Haji telah selesai pada Oktober 2010 dengan pengambilalihan TH Properties Sdn Bhd terhadap keseluruhan modal saham terbitan TH Technologies Sdn Bhd. Syarikat ini memperoleh 30% pegangan Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS) dalam syarikat TH-NSTC Sdn Bhd, pemaju Bandar Enstek. Dengan pengambilalihan itu, TH-NSTC Sdn Bhd menjadi anak syarikat 100% milik TH Properties.[2]